Kau dan kau. Memang lahirnya kau mak ayah kau tak ajar kau jaga hati ya? Memang lahirnya kau terus jadi batu api ya? Memang lahirnya kau tak reti bersyukur ya? Memang lahirnya kau untuk kutuk segala ya? Atau mungkin kau lahir untuk bertalam muka.
Kau tahu, kau hina tempat aku. Tempat aku bosan ya? Tempat aku kau benci. Tapi, tempat ni lah kau jejak, binatang! Bosan tak bosan, noob tak noob, tempat ni kau jejak! Kau ingat tu!
Setiap lelaki mahupun perempuan, Dia dah kurnia satu nikmat. Nikmat perasaan. Perasaan bilamana kita gembira, kita senyum. Perasaan bilamana kita sedih, kita menangis.
Bahkan benda tak bernyawa pun seakan-akan ada perasaan. Malah kadang-kadang mereka lebih berperasaan! Misalnya kucing, hilang anaknya sesaat dua, satu daerah dia riuh. Kita? Anak hilang berhari-hari pun tak dihairan, tak dihirau.
Maka, tidaklah teruk manusia yang dilabelkan binatang. Kerana binatang kadang-kadang lebih mulia hatinya dari manusia.
Apa kaitan dengan papan? Papan asalnya dari pokok, salasilahnya dari tanah. Sama seperti manusia. Bukan, bukan manusia itu kita, tapi Adam yang pertama. Kita manusia, asalnya dari cantuman sperma dan ovum.
Entah apa aku merepek. Tapi nah, lihat video ini.